Thursday, January 6, 2011
2011 Baru!
Tuesday, September 1, 2009
1st batch SMAKL Buka Puasa
Salam semua 1st Batch SMAKL, Sebarkan.Majlis Buka Puasa/Dinner Amal-First Batch Smakl,
Tarikh 11 September, Jumaat satu lagi 6ptg-10 mlm.
Sila reserve tarikh di diari sekarang.
Buka Puasa+Tarawih+Pelancaran Tabung 1st Batch Smakl di Kelana Sentral, Apartment baru warna hijau, sebelah UNITAR, Kelana Jaya.
Tiket rm88 shj (bufet rm35only+rm53 sumbangan tabung)simbolik 88, tahun 1988 first batch smakl.
Bufet Ramadan sajian Arab+Cina Muslim.
Sila confirm kehadiran seorang diri / isteri/anak.
Nak catat rekod kehadiran teramai dari A001 hingga D100.
Utk booking sila sms Jef Hazimin Jaafar 017-341 3392
Berilmu, Beramal, Berbakti.Salam Ramadan.
Saturday, August 29, 2009
Ilham-1

Kerja-kerja Tuhan,
Tuhan sedang bekerja,
kita mengerjakan,
peluang ruang dan pekerjaan,
tiada kerja lain kecuali Dia sedang bekerja,
di dalam kerajaan-Nya kita sedang bekerja,
pekerjaan, perbuatan, perkataan,
tiada kebetulan semuanya kebenaran,
siapa yang tidak bekerja sebenarnya dia sedang bekerja,
jikalau tidak, masakan dia tidak 'bekerja',
ada lagi perkataan bekerja, cuma dia yg tidak bekerja,
tetap duduk diam, menanti kerja,
samada dia mencari kerja atau kerja mencari dia,
atau Dia mencari kamu,
bekerja untuk Dia!
Tiada istilah kerja kosong,
yang hanya adalah kerja-kerja kosong,
omong kosong, poket kosong,
0-0,kosong-kosong,
zero zero tunggulah saat jadi hero,
sehinggalah saat 1-0 atau 0-1,
yang mana satu adalah pilihan kamu dalam hidup,
ataupun 1-1, seri dalam kehidupan, satu sama,
sama-sama bantu, bukan individu,
bukan satu,
tapi bersatu!
Allah Maha Kaya, Allah Maha Mencukupi,
berpuasalah bukan untuk menginginkan sesuatu atau atau takut sesuatu,
tapi untuk membesarkan-Mu,
untuk membesarkan Ramadan-Mu,
untuk membesarkan ibadah-Mu,
untuk membesarkan-pemberian-Mu,
barulah untuk-Mu...lillahi Taa'la...,
nafasku milik-Mu, sesaat Kau tahan,
hilanglah diriku, yang ada hanya Kamu,
milik-Mu, kepunyaan Kamu,
siapalah aku,
untuk menuntut yang bukan kepunyaanku,
nafasku kepunyaanMu,
jasadku kepunyaanMu,
bakatku kepunyaan Mu,
kepunyaanku KepunyaanMu!
Siapalah Aku?
Siapakah Lu?
Aku bukanlah sesiapa,
Lu bukanlah sesiapa,
melainkan Lu akan tersenyum sendiri,
ketawa sendiri,
status diri,
entah siapakah diri,
hidup penuh komedi,
samada menggelakkan diri sendiri,
atau menggelakkan diri orang lain,
itulah kerja kita hari-hari,
hari isnin, hari selasa, hari kerja,hari minggu,
sampailah hari kau masuk I.C.U,
I see you..,
waktu itu kau lihat orang tengok kamu,
dan kamu tengok orang,
siapa celik, dialah sebenarnya pejam,
siapa pejam, dialah sebenarnya celik,
membelek-belek, menilik-nilik,
siapa untung siapa rugi,
yg untung siapa? yg rugi siapa?
siapa-siapalah,
apa aku peduli,
kau pun tak peduli aku,
yang peduli adalah peduli itu sendiri,
Bukan merapu, bukan mengampu,
tapi merayu nafsu, memujuk nafsi,
merayu diri agar mengenal diri,
biarlah berakal,
jangan diakal-akalkan oleh akal sudah,
kalau kau pernah merasa diakal-akalkan kau akan mengerti,
Erti Diri, Mengerti?
Kau takkan mengerti,
melainkan kau punya pengertian,
Apa itu Arti? Apa itu Inti? Apa itu Isi?Apa itu Umbi?
selama ini kau hanya kulit, plastik,bungkus sahaja,
tak usahlah berbangga dengan kulit, plastik dan bungkus,
kerana kau satu hari juga akan dibungkus,
itulah nilai kau kerana Isi sudah tiada lagi,
oleh kerana kau bungkus, kulit dan plastik,
kau selayaknga ditanam dalam-dalam,
buat apa kau duduk di luar,
menyusahkan orang lain sahaja,
kau sudah tidak punya apa,
hanyalah bungkus yang dibungkuskan,
sudahlah ..bungkusssss hehe!
tiada ongkos boleh menyelamatkan kau wahai bakal Si Bungkusss!
relaxlah janganlah anggap ini misterius,
ia hanyalah komedi mengetawakan diri sendiri, usahlah serius,
hanyalah henjut suntikan bius,
hanyalah kejut elektrik cetusan fius,
inilah saja temanku yang setia menemaniku di waktu malam,
tak lain tak bukan, dalam diam, dalam gerak, itulah ilham,
inilah kalam...
wassalaam...
9 Ramadan 12:27 pagi.
Friday, August 21, 2009
Ramadan Al-Mubarak kepada Semua SMAKL


Selamat Berpuasa kpd semua Alumni SMAKL di seluruh dunia!
1.Tahun ni alhamdulillah jadi Emcee kat satu tempat baru iaitu 'Kelana Sentral' dekat2 Kelana Mall & Giant. Ada pakej buka puasa Chinese Muslim Food & Middle Eastern Food-Buffet RM35++ only.tujuannya nak promote apartment & ofis baru utk disewa/dijual. Datanglah bersama kengkawan &family.
2.Seterusnya urus event hujung minggu di Bazaar Ramadan Seksyen 7, Shah Alam sebelah Pasaraya Bintang-event hujung minggu ada mcm2-show Rabbani, Kuiz, Pertandingan, Lelong Amal etc.
3.Semoga Ramadan kali ini lebih baik drpd Ramadan sebelumnya, Insya-Allah ampun maaf di atas segala kekurangan diri.sama-samalah kita sukses!
Monday, August 17, 2009
Aku Yg Baru!

Wednesday, April 29, 2009
Demi Masa!
Demi Masa fuh demi masa..,semlm 'masa' gua tengah pusing-pusing cari barang, gua 'terserempak' buku ni kat Kompleks PKNS Shah Alam.mula2 browse je, lepas tu tak henti-henti lama jugaklah berdiri sedar tak sedar sakit pinggang lama berdiri belek hampir habis helaian demi helaian,sbg usahawan mmg berbaloi buku ini utk dijadikan rujukan umat Melayu, banyak pengajaran yg gua dapati dari buku ini, kalau ada 'masa' atau luangkanlah 'masa' cari buku 'Demi Masa' ni.mmg akan menjimatkan 'masa' untuk perancangan masa hadapan kita.Monday, April 6, 2009
Alhamdulillah mcm2 rezki terbuka
1.Syukur segala puji puji bagi Nya yang Mengizinkan pelbagai perkara, ni pun baru balik meeting production talkshow belia yang bertajuk 'B-Spot', khamis ni shooting sampai ahad, doakan berjaya, TX 21 April di TV9, 10 malam.Nanti korang tengoklah boleh beri pandangan.gua tulis skrip utk rancangan tu.2.Aku tak sempat post kat blog ni dek sibuk sangat, syukur malam ni ada kesempatan sedikit cuma.
7.Tentang iklan tu pula, berikut adalah respons yg aku terima dlm e-mel&facebook di share dgn korang boleh aku share:
Tuesday, March 17, 2009
Takbir!!!
http://www.sripahang.blogspot.com/
Wednesday, March 11, 2009
Mini Konsert oleh Pemuda Kitaorg
Tuesday, February 24, 2009
Syukur syukur
2.Fadil pulak jadi assistant full time, coordinate dlm projek2 remaja Masjid,
3.pastu kitaorg dapat ofis baru pulak kat masjid lagi tuh, sumbangan jawi dan masjid al muhsinin hasil usaha sahabat gua Anuat.bolehlah budak2 tu jadi pelapis gua utk uruskan koordinasi program remaja di KL+ dapatlah tempat berlatih nasyid yg bebas.
4.juga few projects yg perlu penyelaras,pengurus dan partimer.

5.Bila Tuhan nak bagi tu secepuk dia bagi sehingga tak terhandle, bila takde langsung boleh tahan juga secepuk, itulah rupa2nya aku hanya menumpang rezki budak2 ni.tugas aku sekrg advise and guide ala-ala Don Vito Corleone, Marlon Brando hehe.
6.eh kalau korang ada masa , masuklah blog budak2 kitaorg Sri Pahang.manalah tahu boleh bantu2 program diaorang.silalah www.sripahang.blogspot.com.
Monday, February 9, 2009
Show dgn Amy Search
Monday, January 26, 2009
Sri Pahang
Alhamdulillah barulah bisa
jari jemariku menari semula
mengungkapkan kata
setelah hampir sepurnama
aku bertapa di gua rasa.. hehe.
1430 Hijrah dengan hati yg telus dan tulus
aku sudah nekad utk fokus, fokus dan fokus
kerna terlalu byk peluang (atau beban?) dan fulus,
tapi aku perlu memilih 'projek' yang benar2 kudus,
agar sosok rohaniku tidak kurus
di kelilingi tipuan bisik halus,
Sang Rakus dan Sang Anfus
yang tak habis-habis cuba menjerumus,
iman nipis ini agar pupus,
tahun ini Diri aku akan hapus
selamba menongkah arus
sebelum aku menghidu kapur barus
adalah lebih bagus...
aku kembali kepada tugas utama nan optimus...
menyelamatkan diri
membimbing famili
menyeru pemuda pemudi
'ummati ummati'
agar kasih pada Nabi
agar tunduk pada Ilahi Rabbi
jadilah komuniti Firdausi
redha dan diredhai...
tak sanggup aku di padang mahsyar nanti
mereka jadi saksi
kebisuan diri ini
lalai dengan materi
lebih lagi menyembunyi
tidak menyampaikan seruan Nabi
tak mampu mata ini menyaksi
pendedahan CCTV dan skrin gergasi
lensa Ilahi dan fotografi
saksi aib diri..
dakwa dakwi
bicara tangan dan kaki
malaikat di kanan dan di kiri
di manakah aku ingin lari
oh aku berlindung diri....
Oh Tuhan, terima kasih dari kami
Kau masih menyayangi kami...
Kau tidak mencabut nyawa kami
Semasa kami lenak beradu dalam mimpi ilusi
Kau bangunkan kami
Kau bangkitkan kami!
Kini aku adalah Da'i!
(Lagu&Lirik:Copyright Controlled. TJ Communications)
(Catitan foto:)
1.Bersama pemuda2 Flat Sri Pahang di dlm kelas sulung kami,sebenarnya dah lama aku tinggal tugas da'wah ni dek kelalaian,tapi alhamdulillah Allah gerakkan hati kami semua agar dpt berkumpul dlm majlis ilmu ini.
Walaupun permulaannya kecil tapi penuh makna,
demi menyahut seruan Nabi Muhammad s.a.w.. ..sampaikan daripadaku walau satu ayat..
2.Ada 3 segmen:
1)Tazkirah 2) Sesi kongsi pengalaman dgn koleksi fotografi dan powerpoint kembara aku ke merata dunia 3) Sesi soal jawab remaja, isu umat Islam dan kemusykilan agama.
3.Kitaorg sepakat adakan 2 minggu sekali, setiap Khamis mlm Jumaat, 9:30mlm.
Kelas kedua alhamdulillah bilangan pemuda bertambah 2 kali ganda dari jumlah pertama.Insya-Allah yg ketiga pula mrk cadang buat di dewan yang lebih besar pula. Ini semua semangat pemuda dan remaja ini sendiri.Biar diaorg yg organise, kita sebagai senior tugas kita initiate,support, encourage and advice je. Biar pemuda yang in charge.
Ok chow dulu, nanti kita cerite lain pulak insya-Allah.Doakan aku berjaya beb.Wassalam.
Tuesday, December 30, 2008
Palestine
Barisan jihad pemuda Islam, Result Futsal:Kita Menang 10-5
1.Smakl First Batch menang 10-5 menewaskan Wangsa Maju Seksyen 2 First Batch dlm satu pertembungan klasik ala-ala Brazil vs Italy World Cup 1970.Ala sebenarnya kitaorg tak kisah sangat main santai je, byk tergelak ada lah bila terkeluar sesekali skil-skil lama smakl dan wangsa maju masa sekolah dulu, walaupun abdomen dan belly masing2 menonjolkan keunggulan. Jutaan terima kasih utk Kudin yg arrangekan team wangsa maju dan Ayi yg arrangekan team kitaorg dlm facebook masing2.
2.Apa yg penting kitaorg having fun ye lah dah lama tak jumpa bongkar balik kisah2 rivalry masa budak2 dulu,kisah2 awek wangsa maju,kisah gaduh,kontroversi Eblizz,kisah tak puas hati dan mcm2 lagi pun terkeluar juga masa kitaorg semua lepak mamak sampai lewat mlm.what a wonderful night.terima kasih utk semua yg hadir, Ayi selaku kapitan dan mid yg mengelirukan.Labu yg dribblenya masih tak ubah spt dulu,Naufal Nadal yg defensive&agresif,Basyirun yg lincah mcm lipas kudung(dia ni dah 15thn aku tak jumpa, dia kata dia sekrg kat satu IT company buat system defense utk army),Mojan (baru baik demam)yg cool tapi skil dia masih boleh tahan lagi. Aku pulak mcm biasalah jadi Cannavaro defender yg mempertahankan maruah asobiyah semakel drp tercemar hehe..eh ade sorang lagi nama dia faisal sekarang dr.faisal dia ni third batch additional player yg nak join last minute, bedallah, dia pun ok gak walaupun mula2 aku tak perasaan dah habis baru tahu.Mukmin pun dtg kejap jadi penyokong.dia beritahu baru dapat baby. 3.Tetiba rasa team futsal ni mcm power pulak, SIAPA nak lawan kitaorg?ADA BRANI???
Wednesday, December 24, 2008
Friendly Futsal
Ahad mlm Isnin ni, 28 December ada friendly futsal First Batch Smakl vs First Batch Wangsa Maju Section 2, inilah first time team ni beradu kekuatan semula setelah hampir 20 tahun bertapa. Dulu Wangsa Maju nilah rival kitaorg kirakira derby la Man U vs Man City hehe. Insya-allah akan berlangsung di Sports Planet Ampang.Byk betul versi perlawanan antara dua pihak ni masa sekolah dulu, tapi satu versi yg aku takkan lupa adalah berkesudahan kitaorg menang tipis penalti setelah full time.seingat akulah (betulkan aku kalau tersilap), masa penalti tu kitaorg Smakl semua penyokong (termasuk akulah tu) punyalah berdebar, scenario penalti tu macam Final 2006 World Cup Itali vs France la kira-kiranya, maklumlah budak sekolah agama (innocent lagi masa tu hehe), kitaorg bacalah mcm2 doalah itulah inilah dan kebetulan yg ambik penalti dari kedua-dua belah pihak adalah budak melayu...then tiba-tiba ada sorang dari wangsa maju budak Singh kalau tak silap yang terakhir penentu mengambil penalti....terus...pommm... tersasar penaltinya hehe apa lagi kitaorg melompatlah kehkehkeh..tulah tak baca bismillah...hahahahaha..(tapi ini version aku lah, aku pasti masing2 ada version sendiri)..ish tak sabar rasanya nak jumpa diaorg lagi ahad ni..tengoklah kasut baru futsal aku kat foto atas ni.acah je.kasut aku lebih kurang mcm ni cuma tak gold hehe.saja nak bikin gempak psycho pihak musuh.Monday, December 22, 2008
Nasyid fm.net, terima kasih...
Tidak ada sesuatupun yang lebih dekat kepadamu
Kau mungkin berkata, ‘aku memahami diriku’,tetapi kau salah!
Satu-satunya yang kau ketahui tentang ‘nafs’mu (jiwa),
Semua binatang memiliki kesamaan dengan dirimu dalam hal ini.
Kau harus mencari kebenaran di dalam dirimu..
Dari mana datangnya dirimu, dan kemana kau akan pergi?
Pertama adalah tubuhmu dan penampilan luarmu (zahir)
Bahagian lainnya adalah jiwamu.
Jiwamu adalah bahagian yang tidak bisa kau lihat
Sunday, December 14, 2008
SMAKL Abu Dhabi Chapter
Semlm syukur dpt jumpa bro Azman Samad, first batch Smakl yg balik cuti jap dari Abu Dhabi, UAE,juga ucapan takziah utk beliau (sila rujuk previous post).Naufal pun ada sekali,kitaorg pekena teh tarik lebih 8-9 cawan kot.borak sampai tak sedar masa,walaupun singkat tapi sungguh bermakna kerana:2.Man ada golden dream utk adik-adik smakl akan dtg, yg tu rahsia nanti satu masa boleh beritahu hehe.
3.Man bersetuju utk coordinate 'SMAKL Abu Dhabi Chapter '.Tujuan chapter ni boleh dirujuk pd previous post blog ni.
4.Man jugak mulakan tabung ni dgn sumbangannya hasil titik peluh kerja kat Union National Bank, Abu Dhabi, United Arab Emirates (UAE) sebelum kitaorg disperse.cayalah Man!
5.Tahun 2009 bro.Man akan share dgn adik2 SMAKL experience dlm bidang perbankan Islam antarabangsa bila tarikh yg sesuai nanti, Insya-Allah.Kpd pelajar Smakl yg nak jadi akauntan, byk boleh belajar dari abg Man nanti.
(Photo:Future Abu Dhabi Performing Arts Centre)
Friday, December 12, 2008
Sunday, December 7, 2008
SMAKL Australia Chapter!
n pengorbanan anda.Sama-sama kita doakan berjaya sampai super success sesama kita in future nanti,Insya-Allah. Alhamdulillah.tadi baru dpt berita gembira melalui e-mel iaitu persetujuan saudara Nushi Mahfuz (first batch) di Melbourne utk mewujudkan SMAKL Australia Chapter.Utk makluman adik semakel sekalian, abg Nushi ni sedang melanjutkan pelajaran Phd di sana di bwh title 'Syariah Enforcement'.Nushi ni byk jasa dia kat alumni Semakel, tak terkira byk, yg nampak dan tak nampak,aku pun dpt inspirasi awal drp dia, kalau nak di listkankan jasanya tak cukup helai tapi tebal jasa dia mcm tebalnya kitab-kitab muktabar la hehe.Sama2 kita doakan dia dpt Phd, aamiiiin. 2.Benefit Kedua-jika ada rakan-rakan semakel yg berhajat ke melbourne utk assignmt/research/family vacation/business purpose pun boleh berhubung dgn beliau jika sampai ke sana nanti.(utk maklumat korang masa aku borak ngan Nushi masa pekena teh tarik kat Shah Alam masa dia balik cuti baru ni, dia kata dia pun keje partime kat kafe sana, kira mcm 'Kafe Akil Hayy' (Astro Oasis) la, bekerja di cafe & dlm masa yg sama turut berda'wah kpd malay/muslim students etc. (Dulu 2005 aku pun pernah pi Australia sat utk shooting dokumentari 30 episod 'Semarak Bahasa' iaitu research 'bangsa Melayu&bahasa Melayu di Australia' selama sebulan-Perth, Cocos Island, Christmas Island (yg popular dgn red crab tu),Melbourne & Sydney),memang byk peluang yg kita boleh terokai in future such as business/travel/education/property malah Australia as a second home.Kalau kau nak merasa melancong negeri omputih yg paling dekat Perth (6 jam je flight) mcm KL-Perlis naik kereta. & murah pulak tu.(ini tips utk mrk yg ingin first time travel la, yg dah biasa ke luar negeri tak perlu dengar tips ini hehe.sebab korang lagi byk pengalaman.tapi frankly speaking to those first timer you should try Perth first to get the glimpse of Australia.low cost lagi..haa sekrg Melbourne pun Air Asia pun dah ada flight.simpan duit next time bawak family korang bercuti.mesti anak/isteri/suami/parents korang appreciate).
3.Benefit-benefit seterusnya korang dah besar bolehlah fikir-fikir sendiri haha.G'day Mate.Welcome the Land Down Under! Hidup Semakel 20 tahun (1988-2008). isk..isk..sedih nak celebrate 20 tahun..coz sekrg December 2008, dah nak abis dah. (foto Nushi-dua dari kanan:yg pakai baju sejuk tu, dia mmg dah di latih utk negeri sejuk sejak dari awal semakel lagi hehe.Foto bawah pula: Nushi sekrg-mcm Imam Hasan Al Banna kehkehkeh, ish jgn gelak ini betul-betul, serius sikit! ehemm
ehemm..

